RPGT 2019 (REAL PROPERTY GAIN TAX)

Dalam Belanjawan 2019, Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah yang dibuat dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya mulai 1 Januari 2019 seperti berikut:

TEMPOH PEGANGANINDIVIDU WARGANEGARA MALAYSIA DAN PEMASTAUTIN TETAPINDIVIDU BUKAN WARGANEGARA DAN BUKAN PEMASTAUTIN TETAPSYARIKAT
Dalam Tempoh 3 tahun selepas tarikh pemerolehan30%30%30%
Dalam tahun ke-4 selepas tarikh pemerolehan20%30%20%
Dalam tahun ke-5 selepas tarikh pemerolehan15%30%15%
Dalam tahun ke-6 selepas tarikh
pemerolehan dan seterusnya
5%10%10%

Walau bagaimanapun, Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan hendak memastikan rakyat tidak terbeban dengan CKHT yang dikenakan. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan layanan CKHT seperti berikut:

a) Pengecualian CKHT diberikan bagi individu warganegara Malaysia yang melupuskan hartanah termasuk rumah kediaman kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah mampu milik pada harga balasan RM200,000 dan ke bawah dalam tahun ke-6 dan seterusnya. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.

b) Bagi perolehan aset sebelum tahun 2000, harga pasaran pada 1 Januari 2000 akan digunakan sebagai harga perolehan bagi pelupusan harta tanah oleh warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. Layanan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019.

c) Dalam keadaan kontrak bersyarat seperti perenggan 16 Jadual 2 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, pengecualian CKHT diberikan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah yang dibuat dalam tahun ke-6 dan seterusnya oleh warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di mana Perjanjian Jual Beli telah ditandatangani sebelum 1 Januari 2019 dan kelulusan daripada Kerajaan atau Kerajaan Negeri akan diperolehi pada tahun 2019 dan seterusnya.

 

REFERENCE LINK FROM

https://malaysiahousingloan.com/real-property-gain-tax-rpgt-2019/

spacer
agent image
agency logo
Mak Hon Yean
Team Leader
REN: 07022
VIVAHOMES REALTY SDN. BHD
makhonyean@gmail.com
(+60) 16-6072228